Sunday, August 21, 2011

Latihan 2 : Celebration Mood

Espoir Dalam Mood Kemerdekaan


 Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia semakin aktif melaksanakan usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
Panjang pernyataan hendaklah antara 200 - 250 patah perkataan.

Tugasan1 : FOLIO ANTOLOGI


Latihan 1/2

Perhatian kepada pelajar yang telah melengkapkan presentation TUGASAN KAJIAN ANTOLOGI DBku anda dikehendakki melengkapkan tugasan KARANGAN ini. Tugasan dihantar untuk semakan < 26OGOS2011


Saturday, July 23, 2011

Hari Keusahawanan 2011

  1. Menjelang 23Julai berlangsung lagi acara ni.
  2. Harap semua espoir dapat beri komitmen.
  3. Permulaan yang ok bila espoir ni mula buat persiapan.
  4. Hope going well 2morrow

Persiapan awal di Checkers. Beli yang perlu dulu.



Shoping kat Tesco pulak.


Friday, July 15, 2011

KOSMO 16Julai2011

Espoir BASYIRAH

Bagi Basyirah Rusli, 17, pancaragam mendidiknya menjadi individu yang berdisiplin, nilai persahabatan dan kerjasama memandangkan kumpulan muzik berkenaan melibatkan jumlah ahli yang ramai.
Dia yang bakal menduduki menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu memberitahu, ahli pancaragam sentiasa dididik supaya tidak mementingkan diri sendiri.
Menurutnya, selain menjalani latihan di sekolah, setiap ahli perlu melakukan latihan di rumah. Inisiatif itu wajar dipraktikkan untuk memantapkan skil mengendalikan alat muzik mengikut susunan not yang betul.
"Meskipun sebahagian masa saya banyak dihabiskan dengan dunia pancaragam tetapi itu tidak bermakna saya mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Apatah lagi, peperiksaan SPM bakal menjelang.
"Saya perlu bijak membahagi masa antara pelajaran dan pancaragam. Justeru, di dalam kelas saya menumpukan sepenuh perhatian pada ajaran guru dan pada sebelah malam pula saya mengulang kaji pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah," terang Basyirah yang bermain klarinet, alat muzik kategori tiup.
Dalam pada itu, dia yang bercita-cita bergelar chef kelak menyifatkan teknik menghafal not lagu banyak membantunya menghafal nota-nota subjek untuk peperiksaan SPM.
"Proses menghafal memerlukan minda kita sentiasa aktif. Jadi, jika saya berkemampuan menghafal not lagu dengan baik maka tidak mustahil saya berupaya mengingati nota subjek," ujar Basyirah sambil tersenyum.

Enjoy Sakan Menjelang SPM Yg Semakin Tiba


Tuesday, March 8, 2011

SAJAK : Dirgahayu Bahasaku

Dirgahayu Bahasaku
(Ahmad Sarju)

Maksud

Rangkap 1
Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah.

Rangkap 2
Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

Rangkap 3
Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada.

Rangkap 4
Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar.

Rangkap 5
Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan.

Tema

Semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak.

Persoalan

1. Persoalan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara ini.
2. Persoalan perjuangan memartabatkan bahasa. Perjuangan memartabatkan bangsa dipertanggungjawabkan    kepada semua orang Melayu.
3. Persoalan sejarah kegemilangan Bahasa Melayu.Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri.
4. Persoalan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat komunikasi yang penting.


Nilai
1.  Nilai bersopan santun. Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi bahasa dapat dilahirkan dalam komunikasi.2.  Nilai setia pada bangsa. Apabila memartabatkan bahasa maka nilai setia dapat ditunjukkan.
3.  Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa.Warisan bangsa perlu dipertahankan.
4.  Nilai mencintai bahasa bangsa sendiri. Sesuatu bangsa bertanggungjawab mencintai bahasanya sendiri.
5.  Nilai bersatu padu semasa menggunakan bahasa yang sama. P
enggunaan bahasa yang sama dapat memupuk nilai bersatupadu.6. Nilai kegigihan dalam memastikan bahasa Melayu terus digunakan. Sifat ini penting agar penggunaan bahasa Melayu dapat diteruskan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu hendaklah sepenuh jiwa.
2. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu .
3. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
4. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian masyarakat dunia.

Wednesday, February 23, 2011

Intervensi SPM : Bahasa Melayu























Check List Tugasan Yang Perlu Dibuat
Novel
Biodata pengarang
Sinopsis Umum
Sinopsis Bab ( 1-5 ditulis/6-11 diprint)
Tema
Persoalan
Watak/Perwatakan ( 1 ditulis/2 diprint)

Pemahaman Antologi
Pantun
Pahlawan Buntung ( Tema/Persoalan/Plot - diprint/Pengajaran )
Tema & Persoalan PAPA
Watak Sampingan PAPA ( 1 ditulis/1 diprint )
Penghayatan Teks Sastera

Thursday, February 17, 2011

Inspiration 4 All

loves has no limits for the parents towards their children ...

Wednesday, February 16, 2011

CERPEN : PAHLAWAN BUNTUNG


TEMA
Kesengsaraan hidup dan trauma dan kematian yang dialami manusia kesan dari peperangan. Penduduk kampung mengalami kesengsaraan dan ketakutan akibat serangan tentera Jepun di Kampung Pulau Pak Amat. Mak Esah dua beranak mati terbakar setelah rumah mereka terkena letupan bom tentera Jepun. Kaki Pak Husain kudung kerana terpijak bom yang tertanam di pantai selepas Perang Dunia Kedua.
PERSOALAN
1.   Kesan buruk peperangan kepada manusia
Tentera Jepun yang meyerang Kampung Pulau Pak Amat menyebabkan penduduk terpaksa melarikan diri Banyak nyawa terkorban..Contoh: Mak Esah dua beranak mati setelah rumahnya terbakar akibat ledakan bom.
2.  Kesanggupan menggadai nyawa demi keselamatan orang lain/keberanian
Pak Husain (Pahlawan Buntung) mengetuai /mengatur perpindahan orang kampung Pulau Pak Amat semasa serangan bom tentera Jepun. Pak Husain tanpa bersenjata dan berkasut, hanya berkain pelikat dan berbaju gelap membawa keluarga Khalid keluar dari kampung dan kemudian kembali ke kampung untuk menyelamatkan penduduk kampung yang lain.
3.   Kebijaksanaan menggunakan akal untuk mengatasi masalah/menyelamatkan diri dan orang lain.
Pak Husain memberitahu tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu bahawa semua penduduk kampung telah melarikan diri semasa tentera Jepun mencari orang-orang kampung....Akibatnya , tentera Jepun tidak jadi turun ke pangkalan kampung mereka. Pak Husain meminta izin daripada seorang tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu untuk membuang air besar setelah diarah menggali kubur dan menanam banyak mayat seorang diri. Pada ketika itu dia melarikan diri sampai ke sungai Gali.
4.  Keberanian menentang kejahatan/mempertahankan hak
Pak Husain menembak perompak-perompak di Kampung Pak Amat yang cuba mendarat di kampung itu. Tindakannya telah mnyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dan seluruh penduduk kampung dari menjadi mangsa rompakan.
5.  Semangat setiakawan yang utuh dalam masyarakat.
Ayah Khalid tidak tidur bermalam-malam lamanya kerana menjaga Pak Husain yang meracau akibat peritiwa menggali kubur dan menanam mayat-mayat seorang diri setelah ditawan oleh tentera Jepun. Pak Husain datang ke rumah Khalid dan mengarahkan keluarganya berpindah segera kerana peperangan telah meletus. Pak Husain memandu arah keluarga dan penduduk kampung Khalid sehingga sampai ke tepi sungai dengan selamat. Tindakan Pak Husain mengarah penduduk kampung berpindah menyelamatkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa tentera Jepun yang mendarat di kampung itu tidak lama kemudian.
6.  Penghargaan terhadap jasa warga tua
Khalid dan ayahnya amat menghargai jasa Pak Husain yang telah menyelamatkan mereka semasa serangan tentera Jepun. Sehingga akhir hayat ayah Khalid sentiasa menyebut nama Pak Husain. Khalid menganggap Pak Husain sebagai pahlawan di kampung mereka.
PLOT
1.  Permulaan
     Watak utama Pak Husain diperkenalkan melalui pertemuan antara Khalid dengan Pak Husain semasa temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan negara.Khalid menegur Pak Husain di suatu temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan. Mereka bertanya khabar.. Mereka memang sudah lama tidak bertemu iaitu kira-kira 30 tahun.
2.  Perkembangan
     Khalid dan Pak Husain berbual-bual di warung sambil minum-minum. Khalid menyampaikan berita kematian ayahnya kepada Pak Husain dan hasrat ayahnya yang terlalu ingin bertemu dengannya. Saat itu Khalid mulai terkenang peperangan yang berlaku di kampungnya dan keberanian Pak Husain menyelamatkan keluarganya daripada menjadi mangsa serangan tentera Jepun. Khlalid terkenang kisah Pak Husain datang mencari mereka sekeluarga untuk membawa mereka ke tebing sungai bagi meyelamatkan diri setelah kampung mereka dibom oleh tentera Jepun.
3.  Perumitan
Ketika Jepun menyerang Kampung Pulau Pak Amat, semua adik-beradik Khalid berasa terlalu takut     lalu memeluk erat ibu mereka. Pak Husain tidak berada dalam kumpulan penduduk kampung semasa menaikki perahu untuk menyelamatkan diri sehingga ayah Khalid bertekad untuk mencarinya tetapi ditahan oleh Pak Ngah. Isteri Pak Husain, Mak Bidah meraung dan menangis apabila menyedari Pak Husain tiada dalam kumpulan mereka. Pak Husain ditahan oleh tentera Jepun ketika berpatah balik ke rumahnya. Dia diarah menggali kubur besar dan menanam mayat-mayat ke dalam lubang besar tersebut.
4.  Puncak
Pak Husain menipu tentera Jepun dengan menyatakan dia hendak membuang air besar tetapi Pak Husain terus melarikan diri dan sampai ke Sungai Gali . Keadaannya terlalu lemah dan asyik meracau-racau kerana peristiwa dipaksa menanam mayat-mayat oleh tentera Jepun telah mengganggu emosinya. Setelah Jepun menyerah kalah, Pak Husain membedil perompak yang cuba mendarat di kampung mereka dengan senapang yang diambil daripada tentera Punjabi. Tindakannya menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dari dirompak.
5.  Peleraian
Khalid mengimbas kembali setahun selepas kekalahan Jepun, kaki Pak Husain terpaksa dipotong setelah terpijak saki baki bom yang ternanam di kampung mereka. Pak Husain . Pak Husain memaklumkan kepada Khalid bahawa sudah lebih kurang 30 tahun mereka tidk bertemu. Pak Husain memberitahu Khalid bahawa isterinya Mak Bidah (MAK DA) telah meninggal dunia lima tahun yang lalu. Mereka berpisah di situ tetapi Khalid terus mengingati kekejaman perang yang meragut banyak nyawa. Khalid menganggap Pak Husain ialah seorang pahlawan..... PAHLAWAN BUNTUNG...kerana kakinya yang kudung.
PENGAJARAN
1.  Kita mesti berani mempertahankan hak milik kita dari dirampas oleh orang lain
2.  Kita mesti prihatin akan keadaan orang lain dan tidak mementingkan diri.
3.  Kita mesti sayang akan negara dan sentiasa mengenang hari bersejarah negara kita
4.  Kita mesti bijak menggunakan akal untuk mengatasi masalah dan kesulitan yang dihadapi.
5. Kita mesti menghargai jasa generasi tua yang telah bergadai nyawa mempertahankan keselamatan rakyat.

Friday, February 11, 2011

INTERLOK : Watak dan Perwatakan

Watak Penting dalam Novel Interlok

Terdapat tiga watak yang memainkan peranan penting dalam novel Interlok, terutamanya untuk menghidupkan cerita. Tiga watak itu ialah Seman, Cing Huat, dan Maniam.

1. Seman
Seman ialah anak tunggal Pak Musa dan Mak Limah. Kulitnya lebih cerah daripada kulit bapanya. Dia tidak bersekolah dan cuma belajar mengaji Quran dengan Lebai Man. Oleh itu, dia buta huruf dan tidak tahu membaca dan menulis. Dia berkahwin dengan Gayah, anak Mat Ranggi dan dikurniakan dua orang anak. Dia rajin bekerja, buktinya dia rajin mengusahakan tanah sawah bapa mentuanya dengan menanam sayur-sayuran dan kacang selepas menuai padi. Seman tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan, contohnya dia tabah mengharungi hidupnya yang berliku bersama-sama dengan ibunya selepas diarahkan keluar oleh Cina Panjang dari rumahnya. Dia seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan ayah dan ibunya. Seman hormat dan taat akan orang tua, buktinya Seman hormat kepada ibu dan ayahnya dan tidak membantah kata-kata mereka.

Seman seorang yang berani, contohnya dia berani menjemput Pak Utih yang menjadi dukun ke rumahnya pada waktu malam untuk mengubati ayahnya yang sakit, setelah disuruh oleh emaknya seorang diri. Dia bersabar ketika menghadapi dugaan, contohnya dia bersabar ketika menghadapi kematian ayahnya dan menghadapi kehidupan baharu bersama-sama dengan ibunya selepas kematian ayahnya di kebun Cangkat Janggus. Dia suka menolong orang dan tidak menyimpan perasaan dendam, contohnya Seman menolong Poh Eng dengan memberikan perlindungan kepadanya. Perkara itu berlaku selepas kedai Cing Huat dimasuki perompak walaupun dia marah akan Cing Huat. Seman kuat beribadat terutamanya selepas kematian ayahnya, contohnya dia bangun pada waktu tengah malam untuk bersolat sunat dan berdoa kepada Allah. Di samping itu, dia juga menunaikan solat wajib, contohnya dia bersembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong. Seman bersemangat patriotik, buktinya dia hendak merayakan kemerdekaan negara yang diadakan di Kuala Lumpur.

Seman berfikir secara rasional dan bertindak dengan matang untuk menyelesaikan masalah, contohnya dia telah berjumpa dengan Cing Huat dan bertanyakan hal geran tanah, dan perjanjian dengan bapanya itu. Dia juga mendapatkan pandangan penghulu tentang masalahnya itu dengan ditemani oleh Lebai Man. Seman mudah bersimpati, contohnya dia bersimpati dengan Poh Eng dan membantunya untuk mendapatkan termpat berlindung.
2. Cing Huat
Cing Huat ialah anak Kim Lock yang datang dari negara China dengan ayahnya. Dia digelar Cina Panjang oleh orang-orang kampung. Badannya gemuk dan perutnya gendut. Cing Huat berhijarah ke Malaya untuk mencari pekerjaan dan mengumpul kekayaan. Cing Huat tabah dan gigih, contohnya dia pernah bekerja sebagai pembantu kedai makan dan kedai runcit di Singapura serta bekerja di lombong bijih bersama-sama dengan bapanya ketika berusia sepuluh tahun. Dia berkahwin dengan Tua Pao dan memperoleh empat orang anak, iaitu Yew Huat, Yew Seeng, Poh Eng dan Poh Kheng. Dia seorang yang pemarah dan panas baran, contohnya dia marah dan menampar Yew Seng kerana melawan kata-katanya. Dia berprasangka buruk terhadap orang Melayu dan menganggap bahawa mereka malas. Oleh sebab itu, dia tidak suka akan anaknya, Yew Seng yang berkawan dengan budak-budak Melayu.

Cing Huat rajin bekerja dan akhirnya dia menjadi tauke kedai runcit yang berjaya. Walaupun dia menyuruh anaknya mengurangkan timbangan sedikit dalam urusan jual beli tetapi dia seorang yang pemurah, buktinya dia mendermakan wangnya sebanyak lima ratus ringgit untuk membina sekolah Cina di pekan Simpang Empat. Selain itu, dia memberikan pinjaman wang kepada Pak Musa dan menggunakan nama Pak Musa untuk membeli tanah orang-orang Melayu. Dia juga murah hati untuk menanggung perbelanjaan tambang bas bagi orang-orang kampung yang hendak merayakan kemerdekaan negara di Kuala Lumpur. Namun begitu, dia tidak boleh bertolak ansur dengan syarat pemilikan tanah dan buktinya dia mengarahkan Seman dan Pak Cin keluar dari rumah dan tanahnya.

Cing Huat pintar dan bijak dalam perniagaan, terutamanya dia menawar harga yang paling murah kepada orang yang hendak menjual barang kepadanya tetapi dia tidak akan mengurangkan harga orang yang hendak membeli barang jualannya. Dia juga bijak untuk mengumpulkan harta, iaitu dengan menggunakan orang Melayu seperti Pak Musa dan Pak Cin untuk menjadi proksinya membeli tanah orang Melayu.
3. Maniam
Maniam berasal dari sebuah kampung di Kerala yang terletak di sebuah negeri di pantai barat India Selatan, dan dia datang ke Malaya untuk mencari rezeki kerana keadaan hidupnya yang terlalu miskin di India. Badannnya tegap dan tinggi, tulang rangkanya besar, dan berkulit hitam. Dia baru berumur 30 tahun semasa tiba di Pulau Pinang. Isterinya yang terpaksa ditinggalkan di India lari mengikut lelaki lain dan dia berkahwin pula dengan Malini, anak Perumal di kebun Cangkat Lima.

Maniam rajin bekerja, contohnya dia melakukan berbagai-bagai kerja seperti menjadi kuli di pelabuhan dan bekerja di kebun kelapa di Cangkat Lima serta kebun getah di Cangkat Janggus. Maniam tidak suka akan fitnah, buktinya dia marah akan Suppiah yang telah memfitnahnya iaitu dengan mengatakan bahawa dia sudah berkahwin dan meninggalkan isterinya dalam keadaan miskin di India kepada Mariama dan pekerja-pekerja di ladang itu.

Maniam seorang yang rasional, contohnya dia tidak mahu memberikan alasan dan menerangkan perkara yang sebenarnya kepada bapa mentuanya yang kecewa dengannya setelah mengetahui latar belakangnya itu. Dia seorang yang berani dan benci akan orang yang suka berbohong dan menceritakan keburukan orang lain, contohnya oleh sebab terlalu marah, Maniam mengejar Suppiah yang menyebarkan cerita buruk tentang dirinya. Namun begitu, perkara lain pula yang berlaku iaitu dia ditembak oleh pengurus ladang kerana menyangka Maniam hendak membalas dendam terhadapnya kerana memukulnya di kebun sebelum itu. Walau bagaimanapun, Maniam mendengar kata orang yang lebih tua, contohnya selepas peristiwa itu bapa mentuanya, Perumal menyuruhnya pergi ke tempat lain untuk mencari pekerjaan dan meninggalkan isterinya di situ bagi mengelakkan persengketaan yang berlarutan. Dia akur dengan kata-kata bapa mentuanya itu.

Maniam suka menolong orang, contohnya dia menolong Seman untuk mendapatkan kerja di kebun tempatnya bekerja. Selain itu, dia seorang yang mengenang budi, contohnya Maniam mengenang budi Musa yang telah menyelamatkannya ketika dia dipukul oleh orang yang tidak dikenali ketika hendak meninggalkan kebun Cangkat Lima pada suatu awal pagi. Maniam seorang yang penyayang, buktinya dia amat berat hati untuk meninggalkan isterinya yang sarat mengandung. Maniam bertemu dengan anaknya, Inspektor Ramakrisyhnan yang tidak pernah dilihatnya itu semasa dia ditahan oleh Jepun. Dia bersimpati kepada orang lain, contohnya dia bersimpati dengan Mak Limah yang ditangkap oleh Jepun dan meminta anaknya Rama  membebaskan Mak Limah.


Monday, February 7, 2011

Cita-Cita Yang Tidak Kesampaian

Januari berlalu pergi. Cita-cita espoir hendak mencapai taraf sifar ponteng bulan lalu tidak kesampaian. Dek kerana tidak boleh memberi kerjasama, taraf ponteng 7.1% menjadi milik kita. Espoir boleh mengubahnya jika mahu. Pada setiap kali tidak hadir ke sekolah, tolong sertakan perakuan sakit dari klinik / hospital. Tidak pun mohon ibubapa tulis surat. Semudah ABC. Hanya Espoir yang tidak komited sahaja yang memberi seribu ALASAN.
SERIBU ALASAN

Saturday, January 29, 2011

DIRGAHAYU BAHASAKU : Pantun 6 Kerat


ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

PANTUN ENAM KERAT
Maksud Pantun

Rangkap 1: kekecewaan yang benar-benar dirasai oleh seseorang perlu ditangani tetapi jangan dilayan perasaan kecewa walaupun hati betul-betul terluka/kecewa.
Rangkap 2; Semua peristiwa yang berlaku/kecewa cinta merupakan ketentuan tuhan dan tidak perlu menyalahkan orang lain
Rangkap 3; Perasaan hina menyebungi diri orang yang kecewa cinta apabila kekasih hati jatuh hati dengan orang lain/orang baru
Ketabahan hati semasa berhadapan dengan kekecewaan dalam percintaan
Persoalan

  1. Perasaan kecewa yang perlu dihadapi dengan tabah tanpa menyerah kalah pada takdir.
  2. Perasaan rendah diri apabila dikecewakan oleh orang yang dikasihi
  3. Menerima takdir hidup dengan pasrah.
  Pengajaran

  1. Kita perlu tabah dan kuat semangat apabila berhadapan dengan kekecewaan
  2. Kita mesti menerima ketentuan tuhan dengan reda dan pasrah
  3. Kita mesti bersikap rasional apabila berhadapan dengan masalah dalam kehidupan tanpa menyalahkan orang lain.
  Nilai

  1. Ketabahan; tabah menghadapi kekecewaan dalam percintaan
  2. Keredaan; reda akan takdir tuhan
  3. Rasional : tidak menyalahkan sesiapa atas kejadian yang menimpa diri
  Latihan

  1.  Berikan maksud rangkai kata
  • Ibarat kaca jatuh ke lantai
  • Bukan salah ibu mengandung
  • Ibarat melukut di tepi gantang
2.    Kemahiran berfikir

  • Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengatasi kekecewaan dalam hidup?
  • Mengapakah takdir tidak boleh disalahkan jika mengalami kekecewaan?
  • Mengapakah kita perlu merefleksi diri sendiri apabila ditimpa musibah?
  3.    Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.

INTERLOK : Tema & Persoalan

Tema dan Persoalan Novel Interlok
INTERLOK : TEMA
Integrasi antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India melalui tiga keluarga yang berusaha untuk hidup bersama di Tanah Melayu yang aman, merdeka dan bersatu padu.
Sebagai buktinya, Seman, Maniam, Cing Huat dan Yew Hock hidup saling membantu dalam urusan kehidupan seharian dan seterusnya bekerjasama untuk mewujudkan masyarakat Malaya yang bersatu padu, aman dan harmoni. Kepelbagaian kaum tersebut merupakan keistimewaan yang wujud secara semula jadi berdasarkan fakta sejarah apabila orang Cina yang diwakili oleh Cing Huat, dan orang India yang diwakili oleh Maniam datang ke Tanah Melayu pada masa itu untuk mencari rezeki dan seterusnya tinggal dan menetap di negara ini.

Dalam kehidupan mereka, setiap kaum itu hidup saling bergantungan antara satu sama lain. Orang Melayu meminjam wang daripada orang Cina dan orang Cina pula menggunakan orang Melayu untuk membeli tanah orang Melayu. Sebagai contohnya, Cina Panjang (Ching Huat) memberikan wang iaitu dengan meminjamkannya kepada Musa dan sebaliknya Cing Huat menggunakan Musa untuk membeli tanah orang Melayu. Musa pula telah menyelamatkan Maniam daripada dipukul dengan teruk dan Maniam membalas jasa Musa dengan memberikan bantuan kepada anaknya iaitu Seman untuk mendapatkan kerja di ladang di tempat Maniam bekerja sebagai tandil.

Kehidupan pelbagai kaum dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina, dan India itu berlangsung dengan aman, saling bergantungan dan tiada persengketaan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. Mereka berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni serta menjadikan negara ini negara yang merdeka dan berdaulat.

INTERLOK : PERSOALAN

1. Tolong-menolong dalam kehidupan bermasyarakat.
Seman menolong Poh Eng dengan membawanya ke ladang di tempat Maniam berkerja untuk menyelamatkan diri.

2. Kerajinan dalam mencari rezeki.
Seman rajin bekerja di sawah bapa mentuanya iaitu selepas menuai padi, dia menanam sayur-sayuran dan kacang dan sebagainya di atas tanah itu.

3. Ketabahan dalam menghadapi kehidupan yang mencabar.
Seman tabah menghadapi hidupnya dan berusaha untuk mencari pekerjaan bagi memulakan hidup baru bersama-sama dengan emaknya selepas disuruh meninggalkan rumahnya oleh Cina Panjang.

4. Kegigihan untuk memajukan diri.
Seman gigih bekerja di ladang getah dan berjaya mengumpulkan wang untuk dijadikan belanja majlis perkahwinannya dengan Gayah.

5. Ketaatan kepada perintah agama.
Seman menunaikan sembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong selepas dua tahun setengah meninggalkan kampungnya itu..

6. Semangat cinta akan negara yang aman dan tenteram.
Lazim, Cing Huat dan Raman sama-sama berjuang untuk kaum masing-masing dan mereka berpendapat agar setiap kaum itu bersatu untuk mewujudkan satu masyarakat Malaya yang aman dan damai.

7. Menghormati orang yang lebih tua dalam masyarakat.
Mat Ranggi menghormati Lebai Seman yang menjadi wakil kepada Seman walaupun dia tidak bersetuju dengan hasrat Seman untuk mengambil anaknya sebagai isteri.
8. Semangat bermasyarakat dalam kehidupan seharian.
Semua penduduk kampung menziarahi mayat Musa yang meninggal dunia dan masing-masing melakukan kerja untuk mengurusakan mayatnya itu.

9. Menghargai jasa atau budi orang lain.
Poh Eng memberitahu bapanya bahawa Seman dan Mak Limah yang menyelamatkannya daripada malapetaka walaupun ayahnya mengatakan mereka yang menyebabkan Poh terpisah dengannya.

10. Keberanian dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Poh Eng berani menembak Suppiah demi menyelamatkan nyawa Maniam yang pernah membantunya.

11. Semangat perpaduan tanpa mengira kaum.
Yew Seng dan Lazim bermain bersama-sama dan mereka berkawan baik walaupun ayahnya Cing Huat melarangnya daripada berbuat begitu.

12. Kekejaman tentera Jepun dan komunis.
Tentera Jepun merampas basikal, jam tangan dan bahan makanan penduduk kampung. Anggota komunis pula membunuh sesiapa sahaja yang bekerjasama dengan pihak Jepun.

13. Kesabaran dalam menghadapi cabaran.
Malini sabar menanti kepulangan Maniam yang bekerja di tempat lain hinggalah dia meninggal dunia.

14. Perjuangan yang sia-sia perlu ditinggalkan.
Yew Seng dan Poh Eng menyedari bahawa perjuangan mereka bersama-sama dengan pengganas komunis ialah perjuangan sia-sia dan perjuangan yang dilakukan oleh ayahnya dan Lazim itulah perjuangan yang sebenar.

15. Kasih sayang dalam keluarga.
Maniam sayang akan isterinya Malini, dan amat berat untuk meninggalkannya. Begitu juga dengan Seman yang sayang akan ayahnya dan dia sanggup menjaga bapanya yang sedang sakit tenat sepanjang malam. Cing Huat juga sayang akan anak dan isterinya dengan menyuruh isterinya Tua Pao dan anaknya Poh Kheng berlindung di rumah bapa mentuanya ketika kedatangan tentera Jepun.

PAPA : Tema dan Persoalan

TEMA NOVEL PAPA

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Papa. . .akhirnya kau tewas jua! karya Deanna Yusof.
Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga yang menjadi asas keharmonian sesebuah rumah tangga. Dalam sesebuah rumah tangga, kasih sayang seorang suami terhadap isteri dan anaknya menjadi kunci kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Tidak kira apa jua halangan mahupun rintangan, kasih sayang antara ahli keluarga tidak akan pudar jika kasih sayang berlandaskan keikhlasan dan kejujuran.
Tema ini dikaitkan dengan kasih sayang yang mendalam antara Jeffri (Papa) dengan Intan Maliana (Mama) dan anak perempuan tunggal mereka, Julia. Papa begitu mengambil berat akan kebajikan mama dan Julia. Atas kesedaran bahawa seorang suami harus mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap isteri dan anak, Jeffri memikul tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh dan baik sekali.
Kasih sayang antara tiga beranak tersebut jelas dilihat apabila mama sanggup mengandung lagi walaupun risiko untuk menghadapi komplikasi amat tinggi. Sewaktu melahirkan Julia, mama telah menjadi koma manakala Julia yang tidak cukup bulan menghidapi penyakit demam kuning. Mama menghadapi komplikasi ketika melahirkan anak kembarnya. Selepas melahirkan kembar siam tersebut, mama koma manakala kembar siam tersebut diumumkan meninggal dunia sewaktu kandungan. Peristiwa ini meninggalkan impak besar kepada papa. Namun, papa tidak lupa tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Walaupun kasih sayang papa terhadap mama amat mendalam, papa tetap merasa sunyi seperti manusia lain. Dalam kesunyian hiduplah hubungan intim antara papa dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya di universiti. Papa akhirnya mengambil Aisyah sebagai isteri. Sekali lagi, papa berasa bahagia sejak kehadiran Aisyah yang mampu membahagiakannya. Namun kasih sayang papa terhadap mama tidak pernah pudar.
Mama yang baru sedar daripada koma terkejut akan berita bahawa dia dimadukan. Apabila mama meninggal dunia, papa menangis buat pertama kalinya kerana dia berasa cukup kehilangan atas pemergian orang yang paling dikasihinya.

PERSOALAN NOVEL PAPA

1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing- masing buktinya Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun

2. Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia
menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah
semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga
enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai
bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat
selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri
tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk
mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak
kembarnya turut meninggalkannya.

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan
melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati Intar Marliana agar
tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi.