Saturday, January 29, 2011

DIRGAHAYU BAHASAKU : Pantun 6 Kerat


ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

PANTUN ENAM KERAT
Maksud Pantun

Rangkap 1: kekecewaan yang benar-benar dirasai oleh seseorang perlu ditangani tetapi jangan dilayan perasaan kecewa walaupun hati betul-betul terluka/kecewa.
Rangkap 2; Semua peristiwa yang berlaku/kecewa cinta merupakan ketentuan tuhan dan tidak perlu menyalahkan orang lain
Rangkap 3; Perasaan hina menyebungi diri orang yang kecewa cinta apabila kekasih hati jatuh hati dengan orang lain/orang baru
Ketabahan hati semasa berhadapan dengan kekecewaan dalam percintaan
Persoalan

  1. Perasaan kecewa yang perlu dihadapi dengan tabah tanpa menyerah kalah pada takdir.
  2. Perasaan rendah diri apabila dikecewakan oleh orang yang dikasihi
  3. Menerima takdir hidup dengan pasrah.
  Pengajaran

  1. Kita perlu tabah dan kuat semangat apabila berhadapan dengan kekecewaan
  2. Kita mesti menerima ketentuan tuhan dengan reda dan pasrah
  3. Kita mesti bersikap rasional apabila berhadapan dengan masalah dalam kehidupan tanpa menyalahkan orang lain.
  Nilai

  1. Ketabahan; tabah menghadapi kekecewaan dalam percintaan
  2. Keredaan; reda akan takdir tuhan
  3. Rasional : tidak menyalahkan sesiapa atas kejadian yang menimpa diri
  Latihan

  1.  Berikan maksud rangkai kata
  • Ibarat kaca jatuh ke lantai
  • Bukan salah ibu mengandung
  • Ibarat melukut di tepi gantang
2.    Kemahiran berfikir

  • Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengatasi kekecewaan dalam hidup?
  • Mengapakah takdir tidak boleh disalahkan jika mengalami kekecewaan?
  • Mengapakah kita perlu merefleksi diri sendiri apabila ditimpa musibah?
  3.    Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.

INTERLOK : Tema & Persoalan

Tema dan Persoalan Novel Interlok
INTERLOK : TEMA
Integrasi antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India melalui tiga keluarga yang berusaha untuk hidup bersama di Tanah Melayu yang aman, merdeka dan bersatu padu.
Sebagai buktinya, Seman, Maniam, Cing Huat dan Yew Hock hidup saling membantu dalam urusan kehidupan seharian dan seterusnya bekerjasama untuk mewujudkan masyarakat Malaya yang bersatu padu, aman dan harmoni. Kepelbagaian kaum tersebut merupakan keistimewaan yang wujud secara semula jadi berdasarkan fakta sejarah apabila orang Cina yang diwakili oleh Cing Huat, dan orang India yang diwakili oleh Maniam datang ke Tanah Melayu pada masa itu untuk mencari rezeki dan seterusnya tinggal dan menetap di negara ini.

Dalam kehidupan mereka, setiap kaum itu hidup saling bergantungan antara satu sama lain. Orang Melayu meminjam wang daripada orang Cina dan orang Cina pula menggunakan orang Melayu untuk membeli tanah orang Melayu. Sebagai contohnya, Cina Panjang (Ching Huat) memberikan wang iaitu dengan meminjamkannya kepada Musa dan sebaliknya Cing Huat menggunakan Musa untuk membeli tanah orang Melayu. Musa pula telah menyelamatkan Maniam daripada dipukul dengan teruk dan Maniam membalas jasa Musa dengan memberikan bantuan kepada anaknya iaitu Seman untuk mendapatkan kerja di ladang di tempat Maniam bekerja sebagai tandil.

Kehidupan pelbagai kaum dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina, dan India itu berlangsung dengan aman, saling bergantungan dan tiada persengketaan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. Mereka berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni serta menjadikan negara ini negara yang merdeka dan berdaulat.

INTERLOK : PERSOALAN

1. Tolong-menolong dalam kehidupan bermasyarakat.
Seman menolong Poh Eng dengan membawanya ke ladang di tempat Maniam berkerja untuk menyelamatkan diri.

2. Kerajinan dalam mencari rezeki.
Seman rajin bekerja di sawah bapa mentuanya iaitu selepas menuai padi, dia menanam sayur-sayuran dan kacang dan sebagainya di atas tanah itu.

3. Ketabahan dalam menghadapi kehidupan yang mencabar.
Seman tabah menghadapi hidupnya dan berusaha untuk mencari pekerjaan bagi memulakan hidup baru bersama-sama dengan emaknya selepas disuruh meninggalkan rumahnya oleh Cina Panjang.

4. Kegigihan untuk memajukan diri.
Seman gigih bekerja di ladang getah dan berjaya mengumpulkan wang untuk dijadikan belanja majlis perkahwinannya dengan Gayah.

5. Ketaatan kepada perintah agama.
Seman menunaikan sembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong selepas dua tahun setengah meninggalkan kampungnya itu..

6. Semangat cinta akan negara yang aman dan tenteram.
Lazim, Cing Huat dan Raman sama-sama berjuang untuk kaum masing-masing dan mereka berpendapat agar setiap kaum itu bersatu untuk mewujudkan satu masyarakat Malaya yang aman dan damai.

7. Menghormati orang yang lebih tua dalam masyarakat.
Mat Ranggi menghormati Lebai Seman yang menjadi wakil kepada Seman walaupun dia tidak bersetuju dengan hasrat Seman untuk mengambil anaknya sebagai isteri.
8. Semangat bermasyarakat dalam kehidupan seharian.
Semua penduduk kampung menziarahi mayat Musa yang meninggal dunia dan masing-masing melakukan kerja untuk mengurusakan mayatnya itu.

9. Menghargai jasa atau budi orang lain.
Poh Eng memberitahu bapanya bahawa Seman dan Mak Limah yang menyelamatkannya daripada malapetaka walaupun ayahnya mengatakan mereka yang menyebabkan Poh terpisah dengannya.

10. Keberanian dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Poh Eng berani menembak Suppiah demi menyelamatkan nyawa Maniam yang pernah membantunya.

11. Semangat perpaduan tanpa mengira kaum.
Yew Seng dan Lazim bermain bersama-sama dan mereka berkawan baik walaupun ayahnya Cing Huat melarangnya daripada berbuat begitu.

12. Kekejaman tentera Jepun dan komunis.
Tentera Jepun merampas basikal, jam tangan dan bahan makanan penduduk kampung. Anggota komunis pula membunuh sesiapa sahaja yang bekerjasama dengan pihak Jepun.

13. Kesabaran dalam menghadapi cabaran.
Malini sabar menanti kepulangan Maniam yang bekerja di tempat lain hinggalah dia meninggal dunia.

14. Perjuangan yang sia-sia perlu ditinggalkan.
Yew Seng dan Poh Eng menyedari bahawa perjuangan mereka bersama-sama dengan pengganas komunis ialah perjuangan sia-sia dan perjuangan yang dilakukan oleh ayahnya dan Lazim itulah perjuangan yang sebenar.

15. Kasih sayang dalam keluarga.
Maniam sayang akan isterinya Malini, dan amat berat untuk meninggalkannya. Begitu juga dengan Seman yang sayang akan ayahnya dan dia sanggup menjaga bapanya yang sedang sakit tenat sepanjang malam. Cing Huat juga sayang akan anak dan isterinya dengan menyuruh isterinya Tua Pao dan anaknya Poh Kheng berlindung di rumah bapa mentuanya ketika kedatangan tentera Jepun.

PAPA : Tema dan Persoalan

TEMA NOVEL PAPA

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Papa. . .akhirnya kau tewas jua! karya Deanna Yusof.
Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga yang menjadi asas keharmonian sesebuah rumah tangga. Dalam sesebuah rumah tangga, kasih sayang seorang suami terhadap isteri dan anaknya menjadi kunci kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Tidak kira apa jua halangan mahupun rintangan, kasih sayang antara ahli keluarga tidak akan pudar jika kasih sayang berlandaskan keikhlasan dan kejujuran.
Tema ini dikaitkan dengan kasih sayang yang mendalam antara Jeffri (Papa) dengan Intan Maliana (Mama) dan anak perempuan tunggal mereka, Julia. Papa begitu mengambil berat akan kebajikan mama dan Julia. Atas kesedaran bahawa seorang suami harus mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap isteri dan anak, Jeffri memikul tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh dan baik sekali.
Kasih sayang antara tiga beranak tersebut jelas dilihat apabila mama sanggup mengandung lagi walaupun risiko untuk menghadapi komplikasi amat tinggi. Sewaktu melahirkan Julia, mama telah menjadi koma manakala Julia yang tidak cukup bulan menghidapi penyakit demam kuning. Mama menghadapi komplikasi ketika melahirkan anak kembarnya. Selepas melahirkan kembar siam tersebut, mama koma manakala kembar siam tersebut diumumkan meninggal dunia sewaktu kandungan. Peristiwa ini meninggalkan impak besar kepada papa. Namun, papa tidak lupa tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Walaupun kasih sayang papa terhadap mama amat mendalam, papa tetap merasa sunyi seperti manusia lain. Dalam kesunyian hiduplah hubungan intim antara papa dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya di universiti. Papa akhirnya mengambil Aisyah sebagai isteri. Sekali lagi, papa berasa bahagia sejak kehadiran Aisyah yang mampu membahagiakannya. Namun kasih sayang papa terhadap mama tidak pernah pudar.
Mama yang baru sedar daripada koma terkejut akan berita bahawa dia dimadukan. Apabila mama meninggal dunia, papa menangis buat pertama kalinya kerana dia berasa cukup kehilangan atas pemergian orang yang paling dikasihinya.

PERSOALAN NOVEL PAPA

1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing- masing buktinya Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun

2. Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia
menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah
semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga
enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai
bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat
selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri
tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk
mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak
kembarnya turut meninggalkannya.

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan
melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati Intar Marliana agar
tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Pejam celik pejam celik. sekejap je dah abis bulan 1. abis cuti nie. ade intevensi 1. kepade ESPOIR manfaatkan cuti korang dengan perkara yang berfaedah.. jangan lupa study. kepade yang pulang ke kampung. nasihat kan ibu atau ayah bawak kereta dalam keadaan yang berhati hati.. biar lambat asal selamat.

Jadual Waktu Espoir Versi 1 & Hari Ganti Persekolahan



Jadual Sekolah Ganti 2011
Espoir perlu peka akan tarikh2 ini.
Rancang jadual anda supaya tidak lagi tidak datang ke sekolah.
Lupakan sejarah silam 2010.




Friday, January 28, 2011

Sunday, January 23, 2011

SYABAS ESPOIR!

Tahniah kepade semua ESPOIR yang disayangi. Sebagai salah seorang ahli ESPOIR. Bubu rase sangat bangga, gembira dan semua lah. Tahniah diatas usaha korang bersame-same menjayakan KEMPEN SIFAR PONTENG di SMKC. Bubu, mira dengan basyirah dah rase macam nak bangun dan menjerit 'go ESPOIR!' bile tengok korang perform kat pentas. Tapi rasa agak kecewa bila xdapat ambik gambar Keith dengan baju polis lengkap merasmikan kempen tersebut, a'a dengan pakaian lengkap polis mengedarkan flies xketinggalan jugak kepade asyraf, salleh, chemed, massawur dan firdaus yang ambil bahagian dalam dikir barat. Harap sangat lepas ni kite akan ambil gambar yang dikira sebagai detik detik bersejarah itu. Diharapkan lepas ni Jun Wei, Ian, Tian Hao, Jit xin atau pun kah hoong bole ambil bahagian dalam dikir barat bagi menyahut cabaran pengetua cemerlang SMKC. Tidak sabar pula rasa nye nak buat persembahan bersame same ESPOIR yang telah diberitahu oleh cikgu Ahmad. Akhir kata, buat lah yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga yang tercinta, ESPOIR yang sentiase dihati dan juga untuk cikgu Ahmad yang tersayang. Harap ditahun akhir kita ini, dapat lah kita membuat sesuatu yng berharge untuk cikgu Ahmad yang juga mungkin tahun akhir die.
NOTHING IS IMPOSSIBLE.

Saturday, January 22, 2011

KEPADA SAHABAT ESPOIR

Didalam kite semue sebok mengejar ilmu dan sebok mencari markah kokuriklum. Janganlah pule kite lupe akan kewajipan kite untuk membayar yuran. Buktikan yang ESPOIR boleh jadi sebagus kelas lain. Pengalaman ESPOIR tahun lepas kite jadikan tauladan. Sama-sama kite renung kan kembali. Apekah kesilapan yang kite telah lakukan. Cuba perbaiki kelemahan diri.

Tuesday, January 18, 2011

INTERLOK : Biodata Pengarang & Sinopsis

INTERLOK

Pengarang novel Interlok ialah Abdullah Hussain. Beliau lahir pada 25 Mac 1920, di Sungai Limau, Yan, Kedah. Pendidikan awalnya adalah di Sek.Melayu Sungai Limau sehingga lulus darjah 5. Kemudian,beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris St.Michael (1932-33).Seterusnya, beliau bersekolah di Anglo Chinese School, Alor Star pada tahun 1935. Dari segi pekerjaan, beliau pernah bekerja sebagai Penolong Penjaga Setor di sebuah perusahaan bijih timah di Pahang pada tahun 1939,Pengarang Akhbar Sahabat (1941), Pengarang Majalah Puspa di Medan,pernah bekerja di Kem Tentera Sg.Petani dan juga sebagai Pegawai Penyelidik di DBP (1968). Dalam bidang penulisan beliau banyak menulis cerpen, novel, biografi, autobiografi, esei, kritikan, drama, dan sebagainya. Hasil-hasil karyanya yang lain adalah seperti Issabela (terjemahan),Orang Tua dengan Laut (terjemahan), dan banyak lagi. Sepanjang pelibatannya dalam bidang penulisan, beliau banyak meraih kejayaan seperti memenangi Sayembara Mengarang Cerpen sempena Hari Buruh di Medan (1950), Peraduan Penulisan Cerpen Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri, SEA Write Award, dan kejayaan yang terbesar ialah beliau telah memenangi Anugerah Sasterawan Negara ke-8.
SINOPSIS INTERLOK
BAB 1
Ketika Maniam teringat akan anaknya dan Malini yang sudah ditinggalkannya selama dua puluh satu tahun itu, Seman datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan pekerjaan di kebun getah itu. Maniam mengatakan bahawa bapa Seman ialah kawan baiknya suatu masa dahulu. Dia berjanji untuk membantu Seman yang terpaksa membina kehidupan baharu bersama-sama dengan emaknya kerana dia disuruh keluar dari rumahnya oleh Cina Panjang kerana semua harta termasuk tanah dan rumahnya sudah menjadi milik Cina Panjang itu. Sejak kematian bapanya, Seman kuat beribadat dan memohon doa kepada Tuhan supaya diberikan perlindungan dan pertolongan. Pada malam itu, dia singgah di surau untuk menunaikan solat Isyak sebelum pulang ke rumahnya. Seman mengajak emaknya meninggalkan rumah itu esok paginya dan mengatakan bahawa dia sudah mendapat kerja di kebun getah. Seperti yang dijanjikan, Maniam menunggu Seman dan emaknya lalu menunjukkan rumah kuli yang akan menjadi tempat tinggal mereka nanti.

BAB 2
Selepas Cing Huat memarahi, menampar dan menghalaunya pada suatu malam, Yew Seng sudah nekad untuk meninggalkan rumah pada pagi esoknya. Dia akan pergi ke sebuah lombong yang berhampiran dengan Cangkat Janggus dan bekerja sebagai kuli di lombong bijih itu. Yew Seng sering kali bertentangan pendapat dengan bapanya dan dia juga suka berkawan dan bermain dengan budak-budak Melayu terutamanya Lazim. Perkara yang dilakukannya itu memang tidak disukai oleh bapanya. Di samping itu, Yew Seng selalu bersimpati dengan Lazim atas kemunduran orang Melayu. Dia mengatakan bahawa orang Melayu sama sahaja dengan orang Cina dan mereka bukannya orang hutan seperti yang selalu didakwa oleh bapanya itu. Di lombong bijih itu, dia mengenali Kong Beng yang menjadi kepala kuli di situ.

BAB 3
Setelah dua tahun setengah meninggalkan kampungnya, Seman pulang dan bersembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong pada suatu hari. Di situ, dia bertemu dengan Lazim dan hasratnya untuk meminang Upik pula terpaksa dilupakan apabila Lazim memberitahu bahawa Upik sudah berkahwin dengannya. Walau bagaimanapun, Setelah dicadangkan oleh Lazim, Seman meminta bantuan Lebai Man untuk mewakilinya bagi merisik Gayah, anak Mat ranggi untuk dijadikan isterinya. Walaupun pada mulanya Mat Ranggi tidak bersetuju dengan hasrat Seman itu, tetapi akhirnya dia menyedari kesilapannya selama ini, iaitu dia terlalu mementingkan harta.

BAB 4
Seman akhirnya berkahwin dengan Gayah iaitu anak Mat Ranggi yang sudah dapat menerimanya sebagai menantu walaupun dia tidak berharta. Dia memberitahu Maniam bahawa dia mahu berhenti kerja kerana hendak pulang ke Kampung Nyiur Condong dan berkahwin dengan Gayah. Selepas berkahwin, Seman tinggal bersama-sama dengan bapa mentuanya, dan ibunya pula tinggal di pondok yang berhampiran dengan rumah Lebai Man untuk memudahkannya belajar agama bersama-sama dengan pelajar yang lain.

BAB 5
Apabila tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu, keadaan menjadi tidak tenteram dan tentera orang putih mula mengundurkan diri. Orang-orang Cina pula gelisah dan takut akan tentera Jepun. Keadaan menjadi tidak tenteram kerana banyak berlaku rompakan. Sebagai contohnya, ada orang Melayu yang sanggup merompak kedai-kedai orang Cina untuk membalas dendam. Dalam satu rompakan di kedai Cing Huat pada suatu malam, Poh Eng hilang, tetapi dia telah diselamatkan oleh Seman. Seman membawa Poh Eng dan emaknya berlindung di rumah pekerja di kebun Cangkat Janggus. Pada suatu hari, tentera Jepun datang ke kedai Cing Huat dan bertanyakan Yew Seng yang menyertai kumpulan pengganas komunis yang diketuai oleh Kong Beng. Secara senyap-senyap, Yew Seng pula balik ke rumahnya pada suatu malam dan meminta makanan. Dia berjanji kepada bapanya untuk mencari Poh Eng yang hilang.

BAB 6
Selepas pengurus orang putih meninggalkan ladang mereka, orang Jepun pula yang mengambil alih pengurusan ladang. Walau bagaimanapun, orang-orang yang tidak dikenali telah menculik pengurus kebun Cangkat Janggus pada suatu malam. Poh Eng pula telah dibawa lari oleh abangnya, Yew Seng pada malam itu juga. Mak Limah telah ditangkap oleh Jepun berikutan dengan kehilangan pengurus Jepun di kebun Cangkat Janggus itu.

BAB 7
Maniam dan beberapa orang kuli dari kebun Cangkat Janggus pula telah ditangkap oleh Jepun disebabkan oleh kehilangan pengurus Jepun itu. Semasa dalam tahanan, Maniam telah diseksa oleh tentera Jepun. Walau bagaimanapun, dia telah bertemu dengan anaknya sendiri iaitu Inspektor Ramakrisynan yang bertugas di situ dan membebaskannya. Maniam meminta bantuan daripada anaknya itu, iaitu Inspektor Ramakrisynan supaya membebaskan Mak Limah. Cing Huat pula sangat marah apabila mengetahui Seman dan Mak Limah yang menyembunyikan Poh Eng.

BAB 8
Keadaan menjadi semakin gawat dan sukar kerana barang-barang keperluan sangat kurang dan harganya melambung tinggi. Orang kampung juga semakin susah akibat hasil pertanian mereka terpaksa dijual dengan harga yang murah kepada Jepun dan sekiranya mereka enggan, hasil pertanian itu akan dirampas dan tuan punyanya pula akan ditangkap dan dihukum. Kebun-kebun pula sering diserang oleh gerombolan komunis pada waktu malam dan pengurus-pengurusnya yang terdiri daripada orang Jepun itu ditangkap ataupun dibunuh. Lazim turut ditangkap oleh Jepun kerana menghasut orang kampung supaya jangan menjual padi mereka kepada Jepun.

BAB 9
Setelah Jepun tewas, orang Inggeris kembali ke Malaya dan pada masa itu berlaku penentangan terhadap pengganas komunis. Sementara itu, pengganas komunis pula semakin mengganas dan bertindak dengan kejam terhadap orang putih dan juga rakyat Malaya. Gerombolan pengganas komunis telah mengambil alih balai polis dan Inspektor Rama ditangkap kerana bekerjasama dengan Jepun. Namun begitu, Yew Seng berjumpa dengan Lazim yang secara kebetulannya ditahan di balai polis itu, dan dia terus membebaskan kawannya itu.

BAB 10
Orang Melayu yang diwakili oleh Lazim, Mail Jambul, dan Berahim mengajak orang-orang Melayu agar bersatu padu dan menentang gagasan Malayan Union yang hendak diperkenalkan oleh Inggeris. Kemudian darurat diisytiharkan di seluruh negeri kerana Parti Komunis Malaya melakukan pemberontakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan komunis di wilayah-wilayah yang telah dirampas daripada tangan Inggeris. Mereka mengatakan bahawa perkara itu dilakukan untuk membebaskan seluruh Malaya daripada penjajahan Inggeris dan untuk mencapai matlamat itu, mereka terpaksa melumpuhkan ekonomi negeri ini terlebih dahulu. Oleh sebab itu, mereka terpaksa merosakkan kebun-kebun getah dan kelapa serta menghancurkan lombong-lombong bijih.

Sementara itu, Yew Seng dan Kong Beng kembali semula ke hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang kebun-kebun di kawasan itu pada setiap malam dan membunuh orang putih yang menjadi pengurusnya. Selain itu, mereka terus menyerang dan merosakkan pokok-pokok getah serta menghancurkan lombong bijih. Cing Huat pula telah dilantik sebagai pengerusi persatuan orang Cina di pekan kecil tempatnya tinggal itu. Mereka berjuang untuk membersihkan nama orang Cina akibat dakyah pengganas komunis yang sesat itu dan memperjuangkan kebajikan orang-orang Cina. Orang-orang India juga mempunyai pertubuhan yang sama dan memperjuangkan kebajikan kaum mereka. Pertubuhan mereka itu dipimpin oleh Raman iaitu seorang guru yang pernah bertugas di kebun Cangkat Lima.

Suppiah dan dua anggota baharu gerombolan itu menangkap Maniam dan dibawa ke dalam hutan di tempat persembunyian gerombolan tersebut pada suatu malam. Ketika Suppiah hendak menembak Maniam, Poh Eng menyelamatkan Maniam dengan menembak Suppiah. Pada masa itu juga, Inspektor Rama dan pasukan keselamatannya melakukan serangan hendap terhadap gerombolan pengganas komunis itu. Dalam serangan tersebut pasukan keselamatan telah berjaya menewaskan gerombolan pengganas komunis. Yew Seng pula cedera parah di bahagian atas lututnya dan anggota pengganas yang masih hidup telah ditangkap.

Yew Seng dan Poh Eng sedar dan insaf akan perjuangan mereka yang sia-sia selama ini kerana tidak menyangka Kong Beng ialah anggota pengganas komunis yang anti-Inggeris, anti-Jepun, dan antipenjajah. Orang-orang di pekan Simpang Empat pula berasa gembira dan mereka hendak menyaksikan perayaan kemerdekaan yang akan berlangsung selama tiga hari dan tiga malam. Mereka semuanya berasa gembira apabila Malaya akan mendapat kemerdekaan. Seman dan isterinya Gayah, Yew Seng, Lazim, Mamat Labu, Pak Haji Man, Ah Hock, dan Raman akan merayakan kemerdekaan negara di Kuala Lumpur. Inspektor Ramakrisynan pula menjemput mereka datang ke rumahnya kerana bapanya hendak berjumpa dengan mereka.

PAPA : Bab 11 - 24

PAPA...(akhirnya kau tewas jua!)
Deana Yusof

SINOPSIS BAB 11 - 24
BAB 11
Mama masih koma. Mak Cik Noraini mencadangkan papa berkahwin tetapi papa masih sanggup menanti kepulangan mama. Papa kemudiannya menanyakan Julia tentang kertas peperiksaan yang akan dihadapi.

BAB 12
Ketika menanti papa untuk turun makan malam bersama-sama, Julia mendapat panggilan telefon daripada Aisyah. Aisyah mengajaknya bermain tenis petang esok. Keesokan harinya pula, sekembalinya Julia dari sekolah, setelah selesai menghadapi kertas SPM, Julia terkejut apabila papa membawa mama pulang ke rumah. Kata papa, biarpun mama masih koma, apabila mama di rumah mudah untuk dijaga. Kemudian, Julia bermain tenis dengan Aisyah. Selepas bermain, Julia dibawa ke rumah Aisyah. Berdasarkan deretan rumah, tahulah Julia bahawa Aisyah daripada keluarga berada. Apabila ulang, papa memarhi Julia kerana pulang agak lewat. Julia kemudian melihat papa bercakap-cakap dengan mama, seolah-olah mama sudah sedar daripada koma.

BAB 13
Sudah 8 bulan mama dalam keadaan koma.pada suatu hari, Rasylan datang ke rumah Julia. Rasylan memberitahu bahawa dia tinggal bersam ibu bapa angkatnya di Taman Seri Andalas. Ayah angkatnya Datuk Mustakim telah mengambilnya dari rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika dia berusia 2
tahun. Menurut papa, kereta Datuk Mustakim telah melanggat kereta ayah dan emaknya sehinggakan orang tuanya meninggal. Sehingga kini, Datuk Mustakim tidak berani bertemu dengan ahli keluarga papa.

BAB 14
Julia pulang ketika hari menjelang malam setelah membeli buku bersama-sam Rasylan. Papa melarang Julia terus berhubungan dengan Rasylan kerana latar belakang hidupnya. Supaya pertengkaran dengan papa tidak berpanjangan, Julia bersetuju merenggangkan hubungannya dengan Rasylan.

BAB 15
Keputusan SPM telah diumumkan. Julia dan Rasylan memperoleh keputusan yang cemerlang. Ketika Julia mahu meraikan kejayaan di Starbucks Coffee, dia ternampak papanya makan bersama Aisyah. Ketika di rumah pula, Julia memberitahu papa akan hasratnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang ekonomi agar suatu hari kelak boleh menjadi pakar ekonomi yang disegani.

BAB 16
Julia berjaya melanjutkan pelajaran ke UIA dan dia tinggal di asrama. Papa menghantar Julia pada hari pendaftaran. Julia tinggal di Asrama Siti Khadijah dan Rasylan di Asrama Usman Affan. Mereka keluar bersama-sama ke kedai buku. Sekali lagi dia ternampak papa bersama Aisyah di Starbucks Coffee.

BAB 17
Mak Cik Noraini menegur sikap papa kerana terlalu rapat dengan Julia kerana Julia sudah menjadi anak gadis sunti. Jam 4 petang, papa menghantar Julia ke UIA. Rasylan memberitahu bahawa Encik Muaz al-Khalibi menyuruhnya membuat ujian DNA. Untuk kali ke-3 di Restoran A&W, Julia terserempak dengan papa dan Aisyah yang leka berbual. Hatinya berasa begitu hancur dan pecah berderai.

BAB 18
Julia terdengar perbualan papa denga Mak Cik Noraini tentang hasrat papa mahu berkahwin lagi. Kemudian, Julia memberitahu sudah 3 kali dia terserempak papa makan bersama Aisyah. Bagi Julia, papa telah curang terhadap mama kerana mahu berkahwin lagi. Disebabkan suara Julia begitu keras dan papa pula tidak dapat mengawal perasaan, papa menampar Julia. Awal pagi esoknya, Julia sudah mahu balik ke asrama dengan menaiki teksi.

BAB 19
Rasylan memujuk Julia supaya menerima kenyataan tetapi Julia enggan menerima reality bahawa papa mahu berkahwin lagi. Kemudian, Rasylan menjelaskan dia sudah membuat ujian DNA dan darahnya dalam satu kelompok dengan darah Encik Muaz. Dia tetap tidak menerima lelaki itu sebagai bapa. Bagi Julia, walau siapa pun ayah RAsylan dia tetap ayah Rasylan. Beberapa hari kemudian, papa datang mahu bertemu Julia. Pada awalnya, Julia tidak mahu bertemu tetapi setelah menerima pujukan Rasylan, akhirnya dia menerimanya. Papa kemudiannya membawa Julia ke Coffee House di Hotel Paya Serai. Papa menjelaskan tujuan dia mahu berkahwin lagi supaya ada orang yang menjaganya apatah lagi papa dalam keadaan tidak sihat. Memikirkan keadaan papa, akhirnya Julia bersetuju dengan rancangan papa itu.

BAB 20
Menurut Rasylan, Encik Muaz al-Khalibi tidak dapat mengawal nafsu lalu membuat perbuatan terkutuk dengan pengemas biliknya. Apabila dia tamat belajar, ditinggalkan perempuan Indonesia yang sedang mengandung itu. Apabila dia dilahirkan, dia yang masih bayi ditinggalkan di tepi longkang besar berdekatan sebuah masjid di Bandar Klang sehinggalah dia diselamatkan orang lalu diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum diambil oleh Datuk Mustakim. Bagi Rasylan, Datuk Mustakim merupakan ayahnya, bukan Encik Muaz al -Khalibi. Pada suatu petang, Julia menerima ajakan papa untuk diperkenalkan kepada calon isterinya, Aisyah. Pada hari pernikahan, Julia tidak ikut serta dengan alasan mahu menjaga mama.

BAB 21
Julia dalam keadaan lemah. Fikirannya meracau. Dalam mimpinya, dia bertemu dengan Jeffri iaitu papanya tetapi dalam wajah yang berbeza. Jeffri meminta Julia menerima kenyataan yang papa sudah berkahwin lagi. Apabila dia terjaga, dia sudah berada di hospital. Julia tidak sedarkan diri apabila doctor memberikan suntikan pelali kepadanya.

BAB 22
Selama 3 hari Julia terlantar di hospital. Dr. Razif menasihati Julia agar bertenang dan menerima segala-galanya dengan hati yang terbuka. Papa dan ibu tirinya datang untuk menjemput Julia pulang. Apabila cuti berakhir, Julia meneruskan pengajiannya. Peperiksaan akhir Julia hadapi dan jika dia berjaya dia akan masuk ke kampus induk. Setelah peperiksaan berakhir, Julia melalui percutian selama 6 minggu. Pada satu malam, Aisyah masuk ke bilik mama. Papa memarahi Aisyah kerana masuk ke bilik mama tanpa berteman. Bagi papa, isteri keduanya itu perlu berteman ketika bertemu madunya untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Perang mulut berlaku tetapi akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan apabila masing-masing saling memahami.

BAB 23
Julia memasuki semester ke-3. Julia mengambil kesempatan ke ruma bersama Rasylan dengan menaiki bas. Rasylan menjelaskan bahawa dia tidak akan menerima Encik Muaz al-Khalibi sebagai ayahnya. Kemunculan lelaki itu juga tidak pernah Rasylan ceritakan kepada bapa angkatnya. Seterusnya Julia dan Rasyalan memperteguh janji untuk kekal setia bersama.

BAB 24
Papa menegur mama yang masih koma. Kemudian mama membuka mata dan mulutnya terbuka. Mama menggerakkan tangan dan jejarinya. Bibirnya terkumat -kamit mahu menyatakan sesuatu. Mama memandang Aisyah. Papa menceritakan kedudukan Aisyah dalam hidupnya. Daripada riak muka mama, mama seakan-akan marah. Mama mendengus kuat. Tangannya dalam genggaman papa ditarik dengan kuat. Julia mengusap rambut mama. Air mata yang mengalir dikesat dengan tisu. Tiba-tiba dada mama bergoncang dengan kencang. Mak Cik Noraini meminta diajar mama mengucap. Julia membisikkan ke telinga mama dua kalimah syahadah. Mama begitu payah mahu menyebut namun akhirnya dia berjaya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Papa membetulkan tangan mama seperti orang mahu sembahyang. Akhirnya papa menangis kesedihan menghadapi situasi tersebut.

PAPA : Bab 1-10

PAPA...(akhirnya kau tewas jua!)
Deana Yusof

SINOPSIS BAB 1 - 10
BAB 1
Julia di dapur bersama pembantu rumahnya, Mak Cik Noraini. Tidak lama kemudian, mamanya (Intan Muliana) dan papanya (Jeffri) masuk ke rumah. Papa mencadangkan mama untuk makan malam.

BAB 2
Julia terlalu sibuk dengan kerja sekolah di rumah. Mama dan papa tiada di rumah. Mak Cik Noraini mempelawanya makan bubur jagung. Julia teringat kemesraan papa yang melayan mama apabila tangan mama terkena pisau. Mak Cik Noraini menceritakan sejarah percintaan mama dengan papa. Dikatakan papa pernah gagal dalam cinta ketika belajar di university. Dikatakan juga papa pernah jatuh hati dengn seorang doctor yang berkhidmat di Hospital Desa, Bidor. Perbualan mereka terputus apabila mama dan papa pulang. Kemudian, papa memberitahu yang mama sebenarnya mengandung. Mak Cik Noraini mengingatkan papa tentang komplikasi yang dihadapi mama ketika
melahirkan Julia.
BAB 3
Julia terdengar perbualan Mak Cik Noraini dengan mama. Ketika Julia dilahirkan, menurut Mak Cik Noraini Julia menghidap demam kuning dan alah kepada susu tepung bayi, manakala mama pula tidak sedarkan diri. Mama menjelaskan, apa yang dilakukan adalah kerana keinginan suaminya yang menginginkan seorang anak lagi. Apabila papa pulang, Julia mengajak papa bermain tenis. Selepas bermain tenis, papa memperkenalkan pelajarnya di kolej, Aisyah kepada Julia yang datang melihat mereka bermain.

BAB 4
Ketika mahu pulang dari sekolah, mama menunggu Julia kerana Julia meminjamkan nota Geografi kepada rakannya. Cikgu Suzie menumpang kereta mama kerana mahu ke bengkel kereta.Cikgu Suzie juga menegur sikap mama kerana mengandung lagi setelah 16 tahun tidak mengandung. Mama menolak hujah-hujah yang dikemukakan oleh Cikgu Suzie dengan mengatakan Cikgu Suzie tidak mengerti disebabkan belum berkahwin.

BAB 5
Sudah 5 bulan mama mengandung. Papa mensihati mama agar mematuhi pesanan doctor terutama dalam memakan ubat. Mak Cik Noraini terus menceritakan keadaan Julia ketika baru dilahirkan. Ketika Julia berusia  tubuhnya sebesar anak kucing. Julia asyik menangis kerana kelaparan.  Seorang doktor perempuan mengambil susu mama yang dalam keadaan pengsan untuk diberikan kepada Julia.

BAB 6
Papa menceritakan dia selalu balik bersama pelajarnya Aisyah yang sering dating untuk bertanyakan hal pelajaran. Julia secara bergurau mencadangkan papa agar memikat gadis itu tetapi papa tidak berminat kerana kasih sayangnya terhadap mama.

BAB 7
Julia melangkah ke tingkatan 5. Papa membeli dua buah katil kerana mama dikatakan akan melahirkan anak kembar. Mak Cik Noraini mengingatkan papa akan pesanan orang tua-tua agar jangan membuat persiapan terlalu awal, takut kempunan. Jam 4 pagi, Julia dikejutkan dengan perkhabaran mama mahu bersalin. Mama dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras. Papa ke hospital itu bukan kerana soal berjimat, tetapi kerana kepakaran para doktornya jika mama menghadapi kesulitan ketika bersalin kelak. Mama meminta maaf daripada papa sebelum masuk ke wad bersalin.

BAB 8
Mama selamat melahirkan 2 orang anak kembar tetapi bayi yang melekat dari kepala hingga bahagian punggung itu telah meninggal dunia manakala mama banyak kehilangandarah dan kini dalam keadaan koma. Bayi itu diberi nama Ahmad dan Muhammad. Rakan mama dan rakan papa mengunjungi jenazah sebelum dikebumikan.

BAB 9
Papa mengambil alih tempat mama dengan menghantar dan menjemput Julia pulang dari sekolah. Rasylan pelajar baharu sekolah ini mengambil kesempatan untuk bercakap dengan Julia. Masing -masing bertukar cerita. Rasylan mengajak untuk berjumpa Julia selepas sesi persekolahan berakhir,
tetapi Julia menolak kerana mahu bertemu mama di hospital.
BAB 10
Julia ke hospital melawati mama. Mama masih lagi dalam keadaan koma. Apabila tiba di rumah, Julia berpeluang melihat gambar perkahwinan mam dan papa. Julia juga terbaca surat cinta papa kepada mama pada awal perkahwinan mereka. Tahulah Julia betapa kasihnya papa terhadap mama. Mak Cik Noraini menceritakan bahawa dia adalah sepupu kepada papa. Dia pernah memiliki keluarga yang bahagia, tetapi menjelang hari raya kira-kira 17 tahun lalu, kereta yang dipandu suaminya dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Bidor terlibat dalam kemalangan. Suami dan kedua-dua anaknya meninggal. Papa membawa Mak Cik Noraini tinggal bersam-samanya, jauh dari Johor agar dapat melupakan tragedy buruk itu. Di sekolah, Julia dapat merasakan rakan-rakannya begitu cemburu terhadapnya kerana dia sering menjadi contoh atas kecemerlangannya dalam pelajarn. Di rumah pula, Julia berasa begitu sunyi sejak ketiadaan mamanya.