Tuesday, March 8, 2011

SAJAK : Dirgahayu Bahasaku

Dirgahayu Bahasaku
(Ahmad Sarju)

Maksud

Rangkap 1
Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah.

Rangkap 2
Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

Rangkap 3
Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada.

Rangkap 4
Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar.

Rangkap 5
Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan.

Tema

Semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak.

Persoalan

1. Persoalan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara ini.
2. Persoalan perjuangan memartabatkan bahasa. Perjuangan memartabatkan bangsa dipertanggungjawabkan    kepada semua orang Melayu.
3. Persoalan sejarah kegemilangan Bahasa Melayu.Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri.
4. Persoalan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat komunikasi yang penting.


Nilai
1.  Nilai bersopan santun. Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi bahasa dapat dilahirkan dalam komunikasi.2.  Nilai setia pada bangsa. Apabila memartabatkan bahasa maka nilai setia dapat ditunjukkan.
3.  Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa.Warisan bangsa perlu dipertahankan.
4.  Nilai mencintai bahasa bangsa sendiri. Sesuatu bangsa bertanggungjawab mencintai bahasanya sendiri.
5.  Nilai bersatu padu semasa menggunakan bahasa yang sama. P
enggunaan bahasa yang sama dapat memupuk nilai bersatupadu.6. Nilai kegigihan dalam memastikan bahasa Melayu terus digunakan. Sifat ini penting agar penggunaan bahasa Melayu dapat diteruskan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu hendaklah sepenuh jiwa.
2. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu .
3. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
4. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian masyarakat dunia.

Wednesday, February 23, 2011

Intervensi SPM : Bahasa Melayu























Check List Tugasan Yang Perlu Dibuat
Novel
Biodata pengarang
Sinopsis Umum
Sinopsis Bab ( 1-5 ditulis/6-11 diprint)
Tema
Persoalan
Watak/Perwatakan ( 1 ditulis/2 diprint)

Pemahaman Antologi
Pantun
Pahlawan Buntung ( Tema/Persoalan/Plot - diprint/Pengajaran )
Tema & Persoalan PAPA
Watak Sampingan PAPA ( 1 ditulis/1 diprint )
Penghayatan Teks Sastera

Thursday, February 17, 2011

Inspiration 4 All

loves has no limits for the parents towards their children ...

Wednesday, February 16, 2011

CERPEN : PAHLAWAN BUNTUNG


TEMA
Kesengsaraan hidup dan trauma dan kematian yang dialami manusia kesan dari peperangan. Penduduk kampung mengalami kesengsaraan dan ketakutan akibat serangan tentera Jepun di Kampung Pulau Pak Amat. Mak Esah dua beranak mati terbakar setelah rumah mereka terkena letupan bom tentera Jepun. Kaki Pak Husain kudung kerana terpijak bom yang tertanam di pantai selepas Perang Dunia Kedua.
PERSOALAN
1.   Kesan buruk peperangan kepada manusia
Tentera Jepun yang meyerang Kampung Pulau Pak Amat menyebabkan penduduk terpaksa melarikan diri Banyak nyawa terkorban..Contoh: Mak Esah dua beranak mati setelah rumahnya terbakar akibat ledakan bom.
2.  Kesanggupan menggadai nyawa demi keselamatan orang lain/keberanian
Pak Husain (Pahlawan Buntung) mengetuai /mengatur perpindahan orang kampung Pulau Pak Amat semasa serangan bom tentera Jepun. Pak Husain tanpa bersenjata dan berkasut, hanya berkain pelikat dan berbaju gelap membawa keluarga Khalid keluar dari kampung dan kemudian kembali ke kampung untuk menyelamatkan penduduk kampung yang lain.
3.   Kebijaksanaan menggunakan akal untuk mengatasi masalah/menyelamatkan diri dan orang lain.
Pak Husain memberitahu tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu bahawa semua penduduk kampung telah melarikan diri semasa tentera Jepun mencari orang-orang kampung....Akibatnya , tentera Jepun tidak jadi turun ke pangkalan kampung mereka. Pak Husain meminta izin daripada seorang tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu untuk membuang air besar setelah diarah menggali kubur dan menanam banyak mayat seorang diri. Pada ketika itu dia melarikan diri sampai ke sungai Gali.
4.  Keberanian menentang kejahatan/mempertahankan hak
Pak Husain menembak perompak-perompak di Kampung Pak Amat yang cuba mendarat di kampung itu. Tindakannya telah mnyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dan seluruh penduduk kampung dari menjadi mangsa rompakan.
5.  Semangat setiakawan yang utuh dalam masyarakat.
Ayah Khalid tidak tidur bermalam-malam lamanya kerana menjaga Pak Husain yang meracau akibat peritiwa menggali kubur dan menanam mayat-mayat seorang diri setelah ditawan oleh tentera Jepun. Pak Husain datang ke rumah Khalid dan mengarahkan keluarganya berpindah segera kerana peperangan telah meletus. Pak Husain memandu arah keluarga dan penduduk kampung Khalid sehingga sampai ke tepi sungai dengan selamat. Tindakan Pak Husain mengarah penduduk kampung berpindah menyelamatkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa tentera Jepun yang mendarat di kampung itu tidak lama kemudian.
6.  Penghargaan terhadap jasa warga tua
Khalid dan ayahnya amat menghargai jasa Pak Husain yang telah menyelamatkan mereka semasa serangan tentera Jepun. Sehingga akhir hayat ayah Khalid sentiasa menyebut nama Pak Husain. Khalid menganggap Pak Husain sebagai pahlawan di kampung mereka.
PLOT
1.  Permulaan
     Watak utama Pak Husain diperkenalkan melalui pertemuan antara Khalid dengan Pak Husain semasa temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan negara.Khalid menegur Pak Husain di suatu temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan. Mereka bertanya khabar.. Mereka memang sudah lama tidak bertemu iaitu kira-kira 30 tahun.
2.  Perkembangan
     Khalid dan Pak Husain berbual-bual di warung sambil minum-minum. Khalid menyampaikan berita kematian ayahnya kepada Pak Husain dan hasrat ayahnya yang terlalu ingin bertemu dengannya. Saat itu Khalid mulai terkenang peperangan yang berlaku di kampungnya dan keberanian Pak Husain menyelamatkan keluarganya daripada menjadi mangsa serangan tentera Jepun. Khlalid terkenang kisah Pak Husain datang mencari mereka sekeluarga untuk membawa mereka ke tebing sungai bagi meyelamatkan diri setelah kampung mereka dibom oleh tentera Jepun.
3.  Perumitan
Ketika Jepun menyerang Kampung Pulau Pak Amat, semua adik-beradik Khalid berasa terlalu takut     lalu memeluk erat ibu mereka. Pak Husain tidak berada dalam kumpulan penduduk kampung semasa menaikki perahu untuk menyelamatkan diri sehingga ayah Khalid bertekad untuk mencarinya tetapi ditahan oleh Pak Ngah. Isteri Pak Husain, Mak Bidah meraung dan menangis apabila menyedari Pak Husain tiada dalam kumpulan mereka. Pak Husain ditahan oleh tentera Jepun ketika berpatah balik ke rumahnya. Dia diarah menggali kubur besar dan menanam mayat-mayat ke dalam lubang besar tersebut.
4.  Puncak
Pak Husain menipu tentera Jepun dengan menyatakan dia hendak membuang air besar tetapi Pak Husain terus melarikan diri dan sampai ke Sungai Gali . Keadaannya terlalu lemah dan asyik meracau-racau kerana peristiwa dipaksa menanam mayat-mayat oleh tentera Jepun telah mengganggu emosinya. Setelah Jepun menyerah kalah, Pak Husain membedil perompak yang cuba mendarat di kampung mereka dengan senapang yang diambil daripada tentera Punjabi. Tindakannya menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dari dirompak.
5.  Peleraian
Khalid mengimbas kembali setahun selepas kekalahan Jepun, kaki Pak Husain terpaksa dipotong setelah terpijak saki baki bom yang ternanam di kampung mereka. Pak Husain . Pak Husain memaklumkan kepada Khalid bahawa sudah lebih kurang 30 tahun mereka tidk bertemu. Pak Husain memberitahu Khalid bahawa isterinya Mak Bidah (MAK DA) telah meninggal dunia lima tahun yang lalu. Mereka berpisah di situ tetapi Khalid terus mengingati kekejaman perang yang meragut banyak nyawa. Khalid menganggap Pak Husain ialah seorang pahlawan..... PAHLAWAN BUNTUNG...kerana kakinya yang kudung.
PENGAJARAN
1.  Kita mesti berani mempertahankan hak milik kita dari dirampas oleh orang lain
2.  Kita mesti prihatin akan keadaan orang lain dan tidak mementingkan diri.
3.  Kita mesti sayang akan negara dan sentiasa mengenang hari bersejarah negara kita
4.  Kita mesti bijak menggunakan akal untuk mengatasi masalah dan kesulitan yang dihadapi.
5. Kita mesti menghargai jasa generasi tua yang telah bergadai nyawa mempertahankan keselamatan rakyat.