Tuesday, January 18, 2011

PAPA : Bab 1-10

PAPA...(akhirnya kau tewas jua!)
Deana Yusof

SINOPSIS BAB 1 - 10
BAB 1
Julia di dapur bersama pembantu rumahnya, Mak Cik Noraini. Tidak lama kemudian, mamanya (Intan Muliana) dan papanya (Jeffri) masuk ke rumah. Papa mencadangkan mama untuk makan malam.

BAB 2
Julia terlalu sibuk dengan kerja sekolah di rumah. Mama dan papa tiada di rumah. Mak Cik Noraini mempelawanya makan bubur jagung. Julia teringat kemesraan papa yang melayan mama apabila tangan mama terkena pisau. Mak Cik Noraini menceritakan sejarah percintaan mama dengan papa. Dikatakan papa pernah gagal dalam cinta ketika belajar di university. Dikatakan juga papa pernah jatuh hati dengn seorang doctor yang berkhidmat di Hospital Desa, Bidor. Perbualan mereka terputus apabila mama dan papa pulang. Kemudian, papa memberitahu yang mama sebenarnya mengandung. Mak Cik Noraini mengingatkan papa tentang komplikasi yang dihadapi mama ketika
melahirkan Julia.
BAB 3
Julia terdengar perbualan Mak Cik Noraini dengan mama. Ketika Julia dilahirkan, menurut Mak Cik Noraini Julia menghidap demam kuning dan alah kepada susu tepung bayi, manakala mama pula tidak sedarkan diri. Mama menjelaskan, apa yang dilakukan adalah kerana keinginan suaminya yang menginginkan seorang anak lagi. Apabila papa pulang, Julia mengajak papa bermain tenis. Selepas bermain tenis, papa memperkenalkan pelajarnya di kolej, Aisyah kepada Julia yang datang melihat mereka bermain.

BAB 4
Ketika mahu pulang dari sekolah, mama menunggu Julia kerana Julia meminjamkan nota Geografi kepada rakannya. Cikgu Suzie menumpang kereta mama kerana mahu ke bengkel kereta.Cikgu Suzie juga menegur sikap mama kerana mengandung lagi setelah 16 tahun tidak mengandung. Mama menolak hujah-hujah yang dikemukakan oleh Cikgu Suzie dengan mengatakan Cikgu Suzie tidak mengerti disebabkan belum berkahwin.

BAB 5
Sudah 5 bulan mama mengandung. Papa mensihati mama agar mematuhi pesanan doctor terutama dalam memakan ubat. Mak Cik Noraini terus menceritakan keadaan Julia ketika baru dilahirkan. Ketika Julia berusia  tubuhnya sebesar anak kucing. Julia asyik menangis kerana kelaparan.  Seorang doktor perempuan mengambil susu mama yang dalam keadaan pengsan untuk diberikan kepada Julia.

BAB 6
Papa menceritakan dia selalu balik bersama pelajarnya Aisyah yang sering dating untuk bertanyakan hal pelajaran. Julia secara bergurau mencadangkan papa agar memikat gadis itu tetapi papa tidak berminat kerana kasih sayangnya terhadap mama.

BAB 7
Julia melangkah ke tingkatan 5. Papa membeli dua buah katil kerana mama dikatakan akan melahirkan anak kembar. Mak Cik Noraini mengingatkan papa akan pesanan orang tua-tua agar jangan membuat persiapan terlalu awal, takut kempunan. Jam 4 pagi, Julia dikejutkan dengan perkhabaran mama mahu bersalin. Mama dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras. Papa ke hospital itu bukan kerana soal berjimat, tetapi kerana kepakaran para doktornya jika mama menghadapi kesulitan ketika bersalin kelak. Mama meminta maaf daripada papa sebelum masuk ke wad bersalin.

BAB 8
Mama selamat melahirkan 2 orang anak kembar tetapi bayi yang melekat dari kepala hingga bahagian punggung itu telah meninggal dunia manakala mama banyak kehilangandarah dan kini dalam keadaan koma. Bayi itu diberi nama Ahmad dan Muhammad. Rakan mama dan rakan papa mengunjungi jenazah sebelum dikebumikan.

BAB 9
Papa mengambil alih tempat mama dengan menghantar dan menjemput Julia pulang dari sekolah. Rasylan pelajar baharu sekolah ini mengambil kesempatan untuk bercakap dengan Julia. Masing -masing bertukar cerita. Rasylan mengajak untuk berjumpa Julia selepas sesi persekolahan berakhir,
tetapi Julia menolak kerana mahu bertemu mama di hospital.
BAB 10
Julia ke hospital melawati mama. Mama masih lagi dalam keadaan koma. Apabila tiba di rumah, Julia berpeluang melihat gambar perkahwinan mam dan papa. Julia juga terbaca surat cinta papa kepada mama pada awal perkahwinan mereka. Tahulah Julia betapa kasihnya papa terhadap mama. Mak Cik Noraini menceritakan bahawa dia adalah sepupu kepada papa. Dia pernah memiliki keluarga yang bahagia, tetapi menjelang hari raya kira-kira 17 tahun lalu, kereta yang dipandu suaminya dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Bidor terlibat dalam kemalangan. Suami dan kedua-dua anaknya meninggal. Papa membawa Mak Cik Noraini tinggal bersam-samanya, jauh dari Johor agar dapat melupakan tragedy buruk itu. Di sekolah, Julia dapat merasakan rakan-rakannya begitu cemburu terhadapnya kerana dia sering menjadi contoh atas kecemerlangannya dalam pelajarn. Di rumah pula, Julia berasa begitu sunyi sejak ketiadaan mamanya.

No comments:

Post a Comment