PAPA...(akhirnya kau tewas jua!)
Deana Yusof
SINOPSIS BAB 11 - 24
BAB 11
Mama masih koma. Mak Cik Noraini mencadangkan papa berkahwin tetapi papa masih sanggup menanti kepulangan mama. Papa kemudiannya menanyakan Julia tentang kertas peperiksaan yang akan dihadapi.
BAB 12
Ketika menanti papa untuk turun makan malam bersama-sama, Julia mendapat panggilan telefon daripada Aisyah. Aisyah mengajaknya bermain tenis petang esok. Keesokan harinya pula, sekembalinya Julia dari sekolah, setelah selesai menghadapi kertas SPM, Julia terkejut apabila papa membawa mama pulang ke rumah. Kata papa, biarpun mama masih koma, apabila mama di rumah mudah untuk dijaga. Kemudian, Julia bermain tenis dengan Aisyah. Selepas bermain, Julia dibawa ke rumah Aisyah. Berdasarkan deretan rumah, tahulah Julia bahawa Aisyah daripada keluarga berada. Apabila ulang, papa memarhi Julia kerana pulang agak lewat. Julia kemudian melihat papa bercakap-cakap dengan mama, seolah-olah mama sudah sedar daripada koma.
BAB 13
Sudah 8 bulan mama dalam keadaan koma.pada suatu hari, Rasylan datang ke rumah Julia. Rasylan memberitahu bahawa dia tinggal bersam ibu bapa angkatnya di Taman Seri Andalas. Ayah angkatnya Datuk Mustakim telah mengambilnya dari rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika dia berusia 2
tahun. Menurut papa, kereta Datuk Mustakim telah melanggat kereta ayah dan emaknya sehinggakan orang tuanya meninggal. Sehingga kini, Datuk Mustakim tidak berani bertemu dengan ahli keluarga papa.
BAB 14
Julia pulang ketika hari menjelang malam setelah membeli buku bersama-sam Rasylan. Papa melarang Julia terus berhubungan dengan Rasylan kerana latar belakang hidupnya. Supaya pertengkaran dengan papa tidak berpanjangan, Julia bersetuju merenggangkan hubungannya dengan Rasylan.
BAB 15
Keputusan SPM telah diumumkan. Julia dan Rasylan memperoleh keputusan yang cemerlang. Ketika Julia mahu meraikan kejayaan di Starbucks Coffee, dia ternampak papanya makan bersama Aisyah. Ketika di rumah pula, Julia memberitahu papa akan hasratnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang ekonomi agar suatu hari kelak boleh menjadi pakar ekonomi yang disegani.
BAB 16
Julia berjaya melanjutkan pelajaran ke UIA dan dia tinggal di asrama. Papa menghantar Julia pada hari pendaftaran. Julia tinggal di Asrama Siti Khadijah dan Rasylan di Asrama Usman Affan. Mereka keluar bersama-sama ke kedai buku. Sekali lagi dia ternampak papa bersama Aisyah di Starbucks Coffee.
BAB 17
Mak Cik Noraini menegur sikap papa kerana terlalu rapat dengan Julia kerana Julia sudah menjadi anak gadis sunti. Jam 4 petang, papa menghantar Julia ke UIA. Rasylan memberitahu bahawa Encik Muaz al-Khalibi menyuruhnya membuat ujian DNA. Untuk kali ke-3 di Restoran A&W, Julia terserempak dengan papa dan Aisyah yang leka berbual. Hatinya berasa begitu hancur dan pecah berderai.
BAB 18
Julia terdengar perbualan papa denga Mak Cik Noraini tentang hasrat papa mahu berkahwin lagi. Kemudian, Julia memberitahu sudah 3 kali dia terserempak papa makan bersama Aisyah. Bagi Julia, papa telah curang terhadap mama kerana mahu berkahwin lagi. Disebabkan suara Julia begitu keras dan papa pula tidak dapat mengawal perasaan, papa menampar Julia. Awal pagi esoknya, Julia sudah mahu balik ke asrama dengan menaiki teksi.
BAB 19
Rasylan memujuk Julia supaya menerima kenyataan tetapi Julia enggan menerima reality bahawa papa mahu berkahwin lagi. Kemudian, Rasylan menjelaskan dia sudah membuat ujian DNA dan darahnya dalam satu kelompok dengan darah Encik Muaz. Dia tetap tidak menerima lelaki itu sebagai bapa. Bagi Julia, walau siapa pun ayah RAsylan dia tetap ayah Rasylan. Beberapa hari kemudian, papa datang mahu bertemu Julia. Pada awalnya, Julia tidak mahu bertemu tetapi setelah menerima pujukan Rasylan, akhirnya dia menerimanya. Papa kemudiannya membawa Julia ke Coffee House di Hotel Paya Serai. Papa menjelaskan tujuan dia mahu berkahwin lagi supaya ada orang yang menjaganya apatah lagi papa dalam keadaan tidak sihat. Memikirkan keadaan papa, akhirnya Julia bersetuju dengan rancangan papa itu.
BAB 20
Menurut Rasylan, Encik Muaz al-Khalibi tidak dapat mengawal nafsu lalu membuat perbuatan terkutuk dengan pengemas biliknya. Apabila dia tamat belajar, ditinggalkan perempuan Indonesia yang sedang mengandung itu. Apabila dia dilahirkan, dia yang masih bayi ditinggalkan di tepi longkang besar berdekatan sebuah masjid di Bandar Klang sehinggalah dia diselamatkan orang lalu diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum diambil oleh Datuk Mustakim. Bagi Rasylan, Datuk Mustakim merupakan ayahnya, bukan Encik Muaz al -Khalibi. Pada suatu petang, Julia menerima ajakan papa untuk diperkenalkan kepada calon isterinya, Aisyah. Pada hari pernikahan, Julia tidak ikut serta dengan alasan mahu menjaga mama.
BAB 21
Julia dalam keadaan lemah. Fikirannya meracau. Dalam mimpinya, dia bertemu dengan Jeffri iaitu papanya tetapi dalam wajah yang berbeza. Jeffri meminta Julia menerima kenyataan yang papa sudah berkahwin lagi. Apabila dia terjaga, dia sudah berada di hospital. Julia tidak sedarkan diri apabila doctor memberikan suntikan pelali kepadanya.
BAB 22
Selama 3 hari Julia terlantar di hospital. Dr. Razif menasihati Julia agar bertenang dan menerima segala-galanya dengan hati yang terbuka. Papa dan ibu tirinya datang untuk menjemput Julia pulang. Apabila cuti berakhir, Julia meneruskan pengajiannya. Peperiksaan akhir Julia hadapi dan jika dia berjaya dia akan masuk ke kampus induk. Setelah peperiksaan berakhir, Julia melalui percutian selama 6 minggu. Pada satu malam, Aisyah masuk ke bilik mama. Papa memarahi Aisyah kerana masuk ke bilik mama tanpa berteman. Bagi papa, isteri keduanya itu perlu berteman ketika bertemu madunya untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Perang mulut berlaku tetapi akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan apabila masing-masing saling memahami.
BAB 23
Julia memasuki semester ke-3. Julia mengambil kesempatan ke ruma bersama Rasylan dengan menaiki bas. Rasylan menjelaskan bahawa dia tidak akan menerima Encik Muaz al-Khalibi sebagai ayahnya. Kemunculan lelaki itu juga tidak pernah Rasylan ceritakan kepada bapa angkatnya. Seterusnya Julia dan Rasyalan memperteguh janji untuk kekal setia bersama.
BAB 24
Papa menegur mama yang masih koma. Kemudian mama membuka mata dan mulutnya terbuka. Mama menggerakkan tangan dan jejarinya. Bibirnya terkumat -kamit mahu menyatakan sesuatu. Mama memandang Aisyah. Papa menceritakan kedudukan Aisyah dalam hidupnya. Daripada riak muka mama, mama seakan-akan marah. Mama mendengus kuat. Tangannya dalam genggaman papa ditarik dengan kuat. Julia mengusap rambut mama. Air mata yang mengalir dikesat dengan tisu. Tiba-tiba dada mama bergoncang dengan kencang. Mak Cik Noraini meminta diajar mama mengucap. Julia membisikkan ke telinga mama dua kalimah syahadah. Mama begitu payah mahu menyebut namun akhirnya dia berjaya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Papa membetulkan tangan mama seperti orang mahu sembahyang. Akhirnya papa menangis kesedihan menghadapi situasi tersebut.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete